Saturday, January 3, 2009

Pembuka Tirai ...........

Blog ini adalah merupakan himpunan pelbagai jenis produk dalam bentuk digital ( e book ) yang dipasarkan / dijual secara online.Tahun 2008 telah menyaksikan pelbagai jenis produk digital yang telah diterbitkan secara online di internet.Ini telah menunjukkan kehendak permintaan terhadap ebook semakin mendapat tempat di Malaysia.

Ia suatu petanda yang baik bagi rakyat Malaysia di mana kesedaran tentang dunia internet semakin berkembang.Jika dahulu internet di awal pengenalan di negara kita....rata-rata penggunaannya hanyalah sekadar email , akhbar online dan chatting yang lebih digilai oleh para remaja...

Setelah itu...maka wujudlah apa yang dinamakan sebagai kafe siber yang timbul merata-rata bandar dan kawasan pekan...tak ketinggalan juga di sesetengah kampung.Dengan adanya skim pakej pengusaha kafe siber oleh TMNET...ramai usahawan muda menjadikan ia sumber pendapatan terutamanya di universiti tempatan mahupun swasta baik di kolej-kolej pendidikan.Pasaran yang lebih menjurus kepada pelajar-pelajar yang tinggal di situ menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi pengusaha kafe siber.

Kini sudah semakin ramai anak tempatan dalam menguasai ilmu dunia internet ini merangkumi pelbagai bidang.Kemahiran dan ilmu yang dikuasai dimanipulasi untuk menjadi sumber pendapatan yang kebanyakan dalam bentuk ebook.Lantaran itu kita sebagai seorang sering dahagakan ilmu perlu bijak memilih produk digital mana yang relevan dengan keperluan semasa diri kita.....

No comments:

Post a Comment

Kedai Online